Posts

10 makanan ibu hamil agar kulit bayi putih dan bersih ketika lahir

Image
10 makanan ibu hamil agar kulit bayi putih dan bersih ketika lahir Makanan yang sebaiknya diambil ketika hamil agar kulit bayi putih dan bersih.
10 jenis makanan yang diambil ketika hamil ini dipercayai secara luas oleh para ibu di Asia dapat membuat kulit bayi putih dan bersih ketika lahir.
Tidak ada salahnya untuk mencuba, kerana di sisi lain, makanan-makanan ini memang sihat untuk diambil selama ibu menanti kehadiran si buah hati. 1. Kelapa
Jika di Indonesia air kelapa dipercayai dapat membuat kulit bayi bersih, di India pula, daging kelapa yang sudah cukup tua dan keras lah yang jadi snek untuk ibu hamil. Mereka yakin, daging kelapa yang tebal dan berwarna putih tersebut dapat membuat kulit bayi menjadi lebih terang. 2. Susu Saffron
susu-saffron
Saffron atau kuma-kuma adalah jenis rempah-rempah termahal di dunia. Meminum susu dengan campuran saffron dipercayai akan meningkatkan kecerahan warna kulit bayi masa depan nanti. 3. Putih telur
Sering mengambil putih telur pada trimester ke…

Pantang Larang Semasa Di Dalam Pantang, Orang DuluDulu...

Image
Pantang Larang
Semasa Di Dalam Pantang, Orang DuluDulu...
.
Sesetengah orang pantangnya 40 hari selepas bersalin. Setengahnya pula berpantang selama 44 hari. Dana da juga yang berpantang sehingga 60 hari. Tidak kisah anda berpantang berapa hari, tapi yang penting adalah bagaimana anda menjalani rutin berpantang sepanjang tempoh yang tersebut?Mengikut tradisi nenek moyang kita, ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi semasa seorang ibu itu berada dalam
pantang selepas bersalin.
.
Antaranya adalah seperti :-
.
1- Dilarang tidur tidak berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit
kepala. Tidur tidak berbantal juga boelh menyebabkan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke
kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
.
.
2- Memakai sarung kaki (stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin. Jika angin menguasai badan, kesihatan ibuibu
akan terganggu dan menjadi lemah. Memak…

POSISI TIDUR TERBAIK KETIKA HAMIL

Image
Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik.

Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.

Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.

Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang bela…

OVULATION PREDICTOR KITS (OPK)

Image
Apa itu OPK? OPK (ovulation prediction Kit) alat yg digunakan untuk mengesan ovulasi bagi merancang/mengelakkan kehamilan. Bagaimana alat itu berfungsi?
Ovulasi adalah saat kesuburan bagi seorang wanita di mana ovum (telur) telah sedia untuk disenyawakan, telah berpisah dari organ ovari.
Luteinizing Hormone (LH) adalah hormon yg berfungsi mengeluarkan ovum drp ovari.
Pada hari ovulasi kandungan LH berada pada tahap tertinggi dan setelah dimetabolismakan akan keluar melalui air kencing. Bilakah hari yg sesuai untuk melakukan ujian ini?
Cara pengiraan:
-kira panjang kitaran haid secara purata. Kitar haid dikira bermula dr hari pertama pendarahan (CD1) sehingga hari terakhir sebelum darah haid bermula semula.
-Kiraan secara purata berdasarkan pengiraan beberapa kitaran haid sebelum ini (sekurang2nya 6 kitaran)
–Tolakkan 17 hari dari panjang kitaran haid.
-cth: panjang kitar haid ialah 28hari, maka 28-17 =11. Maka lakukan ujian pada hari ke 11.
-Teruskan selama 6 hari berikutnya.
-rujuk jadual utk co…

JOM SEMAK MAKANAN UNTUK JAGA RAHIM

Image
Kaum Wanita Patut Amalkan 10 Jenis Makanan Ini Untuk Jaga Rahim, Ini Untuk Jangka Masa Panjang!
JOM SEMAK MAKANAN UNTUK JAGA RAHIM 1. Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. 2. Ambil makanan atau minuman seperti nasi atau susu (rendah lemak) dan keju (perlu dielakkan oleh penghidap hipertensi, buah pinggang, hiperkolesterolemia dan gangguan pembuluh darah). 3. Pengambilan susu perlu diseimbangkan dengan pengambilan makanan kaya magnesium dan kalsium yang terdapat dalam sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, brokoli, epal, tauhu dan tempe. 4. Banyakkan pengambilan makanan bersumber vitamin C terutama buah-buahan segar yang dapat mempercepatkan keberkesanan penyerapan kalsium atau pun magnesium. 5. Kekacang juga turut menyumbang vitamin B kompleks yang berperanan dalam pemulihan tenaga, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, memperbaiki sistem reproduksi serta mengaktifkan hormon kelamin. Vitamin B kompleks terdapat dalam roti, kentang, sayu…

Kehamilan dan kosmetik

Image
Pasti ramai antara ibu-ibu diluar sana tidak tahu bahawa semasa hamil kandungan mereka begitu mudah terdedah kepada bahan kimia yang mereka guna contohnya dari alat kecantikan seperti merkuri. Bahan kimia ini boleh menjejaskan bayi dalam kandungan, adakah hanya merkuri merbahaya? sebenarnya ada banyak lagi bahan kimia yang perlu mereka elak gunakan tetapi ianya terdapat dalam produk kegunaan harian. Jom kita baca bahan kimia kosmetik yang tidak boleh digunakan seperti yang telah disenaraikan oleh Doktor Zubaidi Hj Ahmad ini. KOSMETIK YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMASA HAMIL Perhatikan pada label dan bercakap dengan ahli farmasi yang bertugas ketika membeli bahan kosmetik yang dijual di farmasi. Ini bagi mengurangkan risiko kemudaratan ketika hamil, elakkan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini. 1. Aluminum chloride hexahydrate: Terutama pada deodorant dan spray antiperspirant. 2. Beta hydroxy acids: Salicylic acid, 3-hydroxypropionic acid, trethocanic acid and tropic acid pada krea…

Tips Menggunakan Alat Ujian Kehamilan

Image
Ramai yg tahu ujian kehamilan akan memberikan keputusan yg lebih tepat jika dilakukan pada awal pagi (urine pertama slp bangun tidur)
Kepada wanita yg menggunakan ujian kehamilan di rumah slps missed period atau beberapa hari sebelum period dan hasilnya 2 line pudar atau negatif, pastikan anda ulang semula ujian UPT sepelas 3 hari ataupon boleh menggunakan UPT brand Clearblue (Digital clearblue).
DCB boleh mengesan kehamilan seawal 4 hari sebelum jangkaan mensus anda. Tips menggunakan Alat UPT
Lihat tarikh luput produk. Jangan gunakan alat yg telah luput kerana ia akan mempengaruhi keputusan ujian.
Jangan menyimpan alat ujian kehamilan yg belum digunakan di tempat yg lembap atau panas (cth:bilik mandi).
Perhatikan kaedah dan cara penggunaan yg tertera.
Ujian paling baik dilakukan menggunakan urine pertama awal pagi(slp bangun tidur)
Gunakan bekas yg disediakan atau bekas yg bersih utk menadah urin.
Celup strip sehingga urine kelihatan naik (lebih kurang 5 saat) kemudian letakkan strip…